Sunday, August 26, 2012

PUASA SUNAT 6 HARI SYAWAL

Alhamdulillah , semuanya selamat kembali setelah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Kepada semua kakitangan dan pesakit semuanya diucapkan selamat bertugas dan menjalani rawatan dialisis seperti biasa. Insyaallah, tradisi tahunan Syukur Dialisis iaitu mengadakan sambutan Aidil Fitri akan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan ditempat yang belum ditentukan lagi. Jemputan rasmi  kepada semua akan menyusul.
 
   Disamping sambutan Aidilfitri Syukur Dialisis juga ingin mengingatkan kepada semua muslimin dan muslimat agar jangan bertangguh untuk berpuasa 6 hari sunat Syawal. Ini kerana kelebihannya sangat besar. Ganjaran berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal bagi mereka yang telah sempurna puasa Ramadhan seumpama mereka berpuasa setahun. Menurut pandangan ulama' Ini kerana ganjaran berpuasa Ramadhan selama 30 hari sekiranya didarabkan dengan 10 (ganjaran biasa bagi satu amalan kebajikan yang dilakukan oleh ummat Muhammad s.a.w) menyamai 300 hari. Manakala ganjaran 6 hari Syawal didarab dengan 10 menyamai 60. Maka dicampur 300 dengan 60, jumlahnya adalah 360 yang menyamai setahun mengikut perkiraan tahun Hijriah.
 
   Masyaallah!!!, bukankah ini suatu bonus daripada Allah swt untuk hamba-hambanya yang telah bersusah kerananya di dalam Ramadhan. Bukan senang untuk kita berpuasa sepanjang tahun. Sekiranya bonus dari majikan tempat kerja kita sentiasa dinantikan dan diharapkan..apakah BONUS daripada Yang Menciptakan majikan kita akan dibiarkan tanpa didambakan ??

No comments:

Post a Comment