Tuesday, September 4, 2012

Cari Barang Hilang Dalam Solat

Al Kisah  disebutkan di dalam kitab 'Raunaqul Majalis' bahawa ada seorang lelaki yang telah kehilangan alat sukatannya. Dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. Ketika dia solat tiba-tiba beliau teringat orang yang mengambil sukatannya. Dengan sebab itu beliau segera menghabiskan solatnya dan berkata kepada khadamnya. " Pergilah kamu kepada si polan. Ambillah sukatanku daripadanya," Khadamnya bertanya, " Bila Tuan mengingatinya?" Dia menjawab; " Ketika dalam solatku". Kemudian khadamnya berkata, " Rupanya Tuan mencari sukatan ..bukan mencari Allah," Hatinya tercuit dengan teguran khadamnya. Akhirnya khadamnya itu dimerdekakan lantaran keteguhan imannya itu.(di petik dari Mukasyafah al Qulub)