Sunday, August 26, 2012

PUASA SUNAT 6 HARI SYAWAL

Alhamdulillah , semuanya selamat kembali setelah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Kepada semua kakitangan dan pesakit semuanya diucapkan selamat bertugas dan menjalani rawatan dialisis seperti biasa. Insyaallah, tradisi tahunan Syukur Dialisis iaitu mengadakan sambutan Aidil Fitri akan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan ditempat yang belum ditentukan lagi. Jemputan rasmi  kepada semua akan menyusul.
 
   Disamping sambutan Aidilfitri Syukur Dialisis juga ingin mengingatkan kepada semua muslimin dan muslimat agar jangan bertangguh untuk berpuasa 6 hari sunat Syawal. Ini kerana kelebihannya sangat besar. Ganjaran berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal bagi mereka yang telah sempurna puasa Ramadhan seumpama mereka berpuasa setahun. Menurut pandangan ulama' Ini kerana ganjaran berpuasa Ramadhan selama 30 hari sekiranya didarabkan dengan 10 (ganjaran biasa bagi satu amalan kebajikan yang dilakukan oleh ummat Muhammad s.a.w) menyamai 300 hari. Manakala ganjaran 6 hari Syawal didarab dengan 10 menyamai 60. Maka dicampur 300 dengan 60, jumlahnya adalah 360 yang menyamai setahun mengikut perkiraan tahun Hijriah.
 
   Masyaallah!!!, bukankah ini suatu bonus daripada Allah swt untuk hamba-hambanya yang telah bersusah kerananya di dalam Ramadhan. Bukan senang untuk kita berpuasa sepanjang tahun. Sekiranya bonus dari majikan tempat kerja kita sentiasa dinantikan dan diharapkan..apakah BONUS daripada Yang Menciptakan majikan kita akan dibiarkan tanpa didambakan ??

Friday, August 10, 2012

Program Iftar & Taraweh di Syukur Dialisis Puchong

Pada 10hb Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan 1433H diadakan program Iftar dan Taraweh di Syukur Dialisis Puchong. Program dimulakan dengan bacaan tahlil bermula pada jam 7.00ptg, disusuli dengan iftar, solat Maghrib, Isya' dan Sunat Taraweh. Di dalam program ini juga, Syukur Dialisis Puchong mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada kakitangan Syukur Dialisis yang banyak membantu menjayakan aktiviti-aktiviti sosial dan kerohanian yang diadakan di premis ini setiap bulan. Sumbangan kuih raya juga diberikan kepada pesakit-pesakit yang hadir pada malam itu. Sumbangan disempurnakan oleh CEO Syukur Dialisis iaitu Tuan Hj Abd Malek Faisal b. Mohd Hyffny el Majedi dan Tuan Hj Pahmy bin Abdullah yang merupakan Pengarah Syukur Dialisis Puchong.


 
Kakitangan SD Shah Alam sedang menerima penghargaan

 
Kakitangan SD Shah Alam sedang menerima penghargaan


  Kakitangan SD Puchong sedang menerima sumbangan


 Kakitangan SD Puchong sedang menerima sumbangan


Pesakit sedang menerima sumbangan


Pesakit sedang menerima sumbangan


CEO Syukur Dialisis sedang menyampaikan  Ucapan Aluan

Majlis Sambutan Awal Ramadhan 1433H

Alhamdulillah program diadakan pada 19 Julai 2012 di premis Syukur Dialisis Shah Alam. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil bersama kakitangan dan pesakit. Selepas solat Maghrib, tazkirah tentang persiapan menyambut Ramadhan di sampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Nasir b. Yusuf yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya. Usai solat Isya' berjamaah semua hadirin  dihidangkan dengan jamuan makan malam yang sangat menyelerakan.


Ust Nasir menyampaikan Tazkirah.


Sedang menikmati juadah makan malam selepas solat Isya'


Gotong-royong mengemaskan ruang rawatan setelah selesai program





Lawatan UKAPS Negeri Selangor

Baru-baru ini Syukur Dialisis Shah Alam dikunjungi oleh Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta Negeri Selangor untuk pemeriksaaan premis bagi pembaharuan lesen (Borang 4) yang akan tamat pada September 2012. Pemeriksaan ini diketuai oleh Yg Berbahagia Dr Hasni dan beberapa orang pegawainya.

Encik Syukri sedang mendengar penjelasan tentang pengendalian medical waste daripada Staff Nurse  Syukur Dialisis.