Tuesday, December 13, 2011

UMRAH DIALISIS 2012

Sukacita dimaklumkan Syukur Dialisis sedang merancang Program Umrah Dialisis kali ke-5 yang dijangka pada awal April 2012.

Program terbuka kepada :-

1)Semua Pesakit Dialisis Syukur Dialisis

2)Keluarga Pesakit
3)Pesakit Dialisis di seluruh Malaysia ( bersyarat)
4)Kakitangan Syukur Dialisis
5)Orang Awam yang berminat

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ust Hayazi Omar (03 55109936/0136589007)

Anggaran awal kos sekitar RM 4950 - 5500 (masih belum diputuskan)

Pihak kamai berbesar hati sekiranya ada di kalangan hamba-hamba Allah yang bermurah hati ingin menaja pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan untuk turut serta di dalam program ini.

JUMLAH PESAKIT KRONIK BUAH PINGGANG MENINGKAT

Menurut maklumat daripada Utusan Malaysia 20 Mac 2011,bilangan pesakit kronik buah pinggang di negara ini yang perlu menjalani rawatan dialisis telah meningkat kepada 146 orang daripada sejuta penduduk pada 2009 berbanding 79 bagi tahun 2000.


Berdasarkan data National Renal Registry, jumlah pesakit yang menerima rawatan dialisis meningkat kepada 21,159 orang pada 2009 berbanding 6,689 bagi tahun 2000, sekali gus memberi tekanan serius terhadap sumber kesihatan negara.

"Sejumlah 58 % daripada pesakit ini merupakan penghidap kencing manis, manakala 8% lagi mempunyai tekanan darah tinggi.

"Ini mungkin meletakkan Malaysia sebagai negara yang memiliki peratus tertinggi pesakit buah pinggang peringkat akhir dengan kencing manis sebagai penyebab,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan ketika merasmikan Larian Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 peringkat nasional di Dataran Merdeka hari ini.

Tiong Lai juga berkata, Kementerian Kesihatan tidak memiliki angka sebenar pesakit buah pinggang yang menghidap kencing manis atau bilangan kes baru berkenaan setiap tahun, namun dianggarkan sebanyak 10% penduduk umum menghidap penyakit buah pinggang di pelbagai tahap. – Bernama

Thursday, June 23, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Sakit adalah Nikmat



" Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga ia selalu mesti dibenci. Ini kerana kemungkinan rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang"



Kebiasaanya keikhlasan berdoa akan lahir bila kesakitan melanda. Keikhlasan bermunajat dan berzikir akan hadir bila mana segala pergantungan kepada manusia tidak mampu menghilangkan sakit yang dideritai. Betapa ramai orang-orang yang berjaya pada hari ini telah lahir dari kesusahan dan penderitaan. Susah payah belajar, menekuni pelajaran,mengkaji, menghafaz dan bersengkang mata akhirnya melahirkan ilmuan yang hebat. Betapa ramai hartawan dan jutawan yang lahir setelah menderita kerugian dalam perniagaan mereka. Betapa ramai atlet dunia yang berjaya setelah penat dan jerih dalam latihan dan kesungguhan mereka. Betapa ramai penulis yang berjaya menghasilkan karya yang hebat dan menarik hasil dari kerja kuat mereka. Terlalu ramai ibu bapa yang tersenyum puas melihat kejayaan anak-anak mereka lantaran susah payah mereka membanting tulang berjemur hujan dan panas dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.Begitulah sunnatullah terhadap hamba-hambanya. Allah adalah baik dan terlalu baik kepada hamba-hambaNya. Setiap sesuatu yang berlaku, mungkin manusia tidak suka, pada hakikatnya ia adalah yang terbaik buat dirinya.Bersangka baik terhadap Allah dan berusaha menerima dan redha akan qadhanya adalah kebaikan yang sentiasa menemani hamba-hambanya.

Tazkirah -Mampukah Kita Menatap Wajah Allah

Di dalam suatu hadith yang diriwayatkan daripada Adi bin Hatim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak seorangpun di antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah swt. Di antara manusia dengan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada orang tengah). ( Muslim)


Mukmin meyakini bahawa pertemuan dengan Allah di akhirat kelak adalah perkara pasti berlaku, meskipun pertemuan itu dengan pelbagai cara. Mukmin yang baik (soleh) mereka bukan sekadar bertemu Allah, malah dapat menatap wajah Tuhan Yang Maha Agung yang sangat mereka rindui ketika di dunia dahulu. Adapun mukmin yang 'ashi (jahat) tidak mendapat nikmat menatap wajah Tuhan mereka. Apatah lagi golongan yang kufur tidak beriman kepada Allah.

Thursday, April 14, 2011

Lokasi Syukur Dialisis Petaling Jaya



Lokasi Syukur Dialisis Puchong



Lokasi Syukur Dialisis Shah Alam



SD DIKUNJUNGI OLEH TV SELANGOR

Pada hari Rabu 13 hb April 2011, Syukur Dialisis dikunjungi oleh wartawan dan kru TV Selangor. Difahamkan mereka sedang membuat dokumentari untuk program TV Selangor " Sayangi Diri " yang merupakan program berkaitan isu-isu kesihatan. Hampir 2 jam mereka mengambil peluang menemuramah Pengurus dan pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis pada waktu itu. Kami difahamkan rakaman dokumentari ini akan disiarkan pada hari Rabu 20hb April jam 9.00 pagi dan 1.00ptg hari yang sama.