Wednesday, May 16, 2012

Hukum Haji Bagi Pesakit Dialisis


Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 22 Feb 2009 telah membincangkan hukum menunaikan haji bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
Bahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan Hemodelisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan haji.
1) Pesakit kronik adalah wajib menunaikan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.
2) Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan.
3) Pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis wajib menunaikan haji jika kerajaan Arab Saudi dan pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan rawatan tersebut.
Status Penwartaan:Tidak Diwartakan        

No comments:

Post a Comment