Wednesday, June 8, 2011

Sakit adalah Nikmat



" Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga ia selalu mesti dibenci. Ini kerana kemungkinan rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang"



Kebiasaanya keikhlasan berdoa akan lahir bila kesakitan melanda. Keikhlasan bermunajat dan berzikir akan hadir bila mana segala pergantungan kepada manusia tidak mampu menghilangkan sakit yang dideritai. Betapa ramai orang-orang yang berjaya pada hari ini telah lahir dari kesusahan dan penderitaan. Susah payah belajar, menekuni pelajaran,mengkaji, menghafaz dan bersengkang mata akhirnya melahirkan ilmuan yang hebat. Betapa ramai hartawan dan jutawan yang lahir setelah menderita kerugian dalam perniagaan mereka. Betapa ramai atlet dunia yang berjaya setelah penat dan jerih dalam latihan dan kesungguhan mereka. Betapa ramai penulis yang berjaya menghasilkan karya yang hebat dan menarik hasil dari kerja kuat mereka. Terlalu ramai ibu bapa yang tersenyum puas melihat kejayaan anak-anak mereka lantaran susah payah mereka membanting tulang berjemur hujan dan panas dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.Begitulah sunnatullah terhadap hamba-hambanya. Allah adalah baik dan terlalu baik kepada hamba-hambaNya. Setiap sesuatu yang berlaku, mungkin manusia tidak suka, pada hakikatnya ia adalah yang terbaik buat dirinya.Bersangka baik terhadap Allah dan berusaha menerima dan redha akan qadhanya adalah kebaikan yang sentiasa menemani hamba-hambanya.

No comments:

Post a Comment