Alhamdulillah program diadakan pada 19 Julai 2012 di premis Syukur Dialisis Shah Alam. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil bersama kakitangan dan pesakit. Selepas solat Maghrib, tazkirah tentang persiapan menyambut Ramadhan di sampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Nasir b. Yusuf yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya. Usai solat Isya' berjamaah semua hadirin dihidangkan dengan jamuan makan malam yang sangat menyelerakan.
Ust Nasir menyampaikan Tazkirah.
Sedang menikmati juadah makan malam selepas solat Isya'
Gotong-royong mengemaskan ruang rawatan setelah selesai program
No comments:
Post a Comment