Seminar
itu telah mengetengahkan idea-idea bagaimana pembaharuan polisi-polisi dialisis
yang sedia ada akan memberi kesan-kesan positif terhadap kaedah rawatan
dialisis di rumah, terutamanya melalui kaedah rawatan Peritoneal Dialisis (PD).
Pengarah
Kumpulan Penyelidikan Penyakit Kronik dan Profesor Perubatan di University of
Minnesota, Dr. Allan Jason Collins berkata, pesakit yang
dirawat dengan PD mungkin mempunyai kadar jangka hayat yang lebih baik pada
peringkat awal berbanding pesakit yang menerima rawatan hemodialisis
konvensional (HD).Malah katanya, pesakit yang lebih muda yang tidak mempunyai sebarang mobiditi lain mungkin mempunyai kadar jangka hayat yang lebih baik dengan PD.
Selain
itu, kos keseluruhan yang ditanggung bagi rawatan PD adalah lebih rendah
berbanding HD.
"Sebagai
contoh, di Malaysia, kos bagi setiap tahun hayat yang diselamatkan adalah enam
peratus lebih rendah bagi PD6.
"Oleh
kerana rawatan dialisis dilakukan di rumah, PD mempunyai keputusan klinikal
yang sama seperti HD, dengan kos yang lebih rendah.
"
Skim pembayaran balik berkelompok dialisis yang diperkenalkan oleh Centres
for Medicare and Medicaid di Amerika Syarikat, secara jelas
mengiktiraf peranan rawatan dialisis di rumah dan terutama sekali kelebihan
dari segi ekonomi bagi PD," katanya yang juga penyelidik utama bagi polisi
dialisis di Amerika Syarikat (USRDS).
Sementara
itu, Ketua dan Penasihat Nefrologi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, Dr.
Ghazali Ahmad berkata, peningkatan pesakit yang memerlukan dialisis di
negara ini telah mendorong kepada pertambahan pusat dialisis sejak 10 tahun
kebelakangan ini.
"Ada
kebimbangan yang telah diutarakan terhadap pengurusan dan prestasi rawatan di
pusat dialisis, terutamanya masa menunggu yang lama di pusat dialisis umum
disebabkan kekurangan kapasiti dan kakitangan terlatih.
"Sementara
kita mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan masalah ini dengan memberi
garis panduan yang terbaik, kita juga perlu melihat semula amalan dan polisi
dana kebangsaan bagi memastikan peruntukan yang boleh menampung perkhidmatan
dialisis berkualiti untuk semua pesakit pada masa kini mahupun pada masa depan,
di negara ini," katanya
Dr.
Ghazali berkata, keutamaan ke atas PD berpotensi untuk mengatasi kekangan
kapasiti dan juga memendekkan masa menunggu oleh kerana rawatan PD dilakukan di
rumah pesakit sendiri.
Dengan
akses rawatan yang lebih luas, PD juga menawarkan rawatan yang memberi fokus
secara individu dan khas untuk seseorang pesakit di samping membekalkan
maklumat kepada pesakit untuk menguruskan rawatan di rumah sendiri.
Presiden
Jawatankuasa Penganjur ISPD 2012, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher berkata,
usaha memastikan rawatan dialisis yang berkualiti melibatkan pelbagai aspek
polisi dialisis.
Katanya,
ini termasuk membenarkan pesakit membuat pilihan, melatih dan mendidik pesakit
serta para profesional, memilih pesakit, mematuhi garis panduan, sehinggalah
saiz pusat dialisis yang bersesuaian.
Beliau
berkata, melalui tatacara-tatacara itu, kerajaan boleh berusaha menyediakan
rawatan yang selamat dan berkesan, di samping memperbaiki keputusan standard
jagaan pesakit."Penting bagi kita untuk mempertimbangkan aliran terkini bagi dialisis di rumah sebagai menyediakan pendekatan menyeluruh dan holistik terhadap rawatan kegagalan fungsi buah pinggang," katanya pada sesi perbincangan meja bulat sempena seminar itu.
Sesi perbincangan meja bulat itu dihadiri beberapa orang pakar dari Amerika Syarikat, Australia, Malaysia, Thailand dan Taiwan, yang masing-masing membentangkan perkembangan terkini berkaitan polisi PD di negara mereka.
Turut
hadir di perbincangan tersebut ialah 50 peserta dari Malaysia, Thailand, Indonesia,
Brunei, Filipina dan Singapura; termasuk wakil daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia.- SITI AISHAH YUSOFF© Utusan Melayu (M) Bhd