Al Kisah disebutkan di dalam kitab 'Raunaqul Majalis' bahawa ada seorang lelaki yang telah kehilangan alat sukatannya. Dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. Ketika dia solat tiba-tiba beliau teringat orang yang mengambil sukatannya. Dengan sebab itu beliau segera menghabiskan solatnya dan berkata kepada khadamnya. " Pergilah kamu kepada si polan. Ambillah sukatanku daripadanya," Khadamnya bertanya, " Bila Tuan mengingatinya?" Dia menjawab; " Ketika dalam solatku". Kemudian khadamnya berkata, " Rupanya Tuan mencari sukatan ..bukan mencari Allah," Hatinya tercuit dengan teguran khadamnya. Akhirnya khadamnya itu dimerdekakan lantaran keteguhan imannya itu.(di petik dari Mukasyafah al Qulub)