Tuesday, December 13, 2011

UMRAH DIALISIS 2012

Sukacita dimaklumkan Syukur Dialisis sedang merancang Program Umrah Dialisis kali ke-5 yang dijangka pada awal April 2012.

Program terbuka kepada :-

1)Semua Pesakit Dialisis Syukur Dialisis

2)Keluarga Pesakit
3)Pesakit Dialisis di seluruh Malaysia ( bersyarat)
4)Kakitangan Syukur Dialisis
5)Orang Awam yang berminat

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ust Hayazi Omar (03 55109936/0136589007)

Anggaran awal kos sekitar RM 4950 - 5500 (masih belum diputuskan)

Pihak kamai berbesar hati sekiranya ada di kalangan hamba-hamba Allah yang bermurah hati ingin menaja pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan untuk turut serta di dalam program ini.

JUMLAH PESAKIT KRONIK BUAH PINGGANG MENINGKAT

Menurut maklumat daripada Utusan Malaysia 20 Mac 2011,bilangan pesakit kronik buah pinggang di negara ini yang perlu menjalani rawatan dialisis telah meningkat kepada 146 orang daripada sejuta penduduk pada 2009 berbanding 79 bagi tahun 2000.


Berdasarkan data National Renal Registry, jumlah pesakit yang menerima rawatan dialisis meningkat kepada 21,159 orang pada 2009 berbanding 6,689 bagi tahun 2000, sekali gus memberi tekanan serius terhadap sumber kesihatan negara.

"Sejumlah 58 % daripada pesakit ini merupakan penghidap kencing manis, manakala 8% lagi mempunyai tekanan darah tinggi.

"Ini mungkin meletakkan Malaysia sebagai negara yang memiliki peratus tertinggi pesakit buah pinggang peringkat akhir dengan kencing manis sebagai penyebab,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan ketika merasmikan Larian Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 peringkat nasional di Dataran Merdeka hari ini.

Tiong Lai juga berkata, Kementerian Kesihatan tidak memiliki angka sebenar pesakit buah pinggang yang menghidap kencing manis atau bilangan kes baru berkenaan setiap tahun, namun dianggarkan sebanyak 10% penduduk umum menghidap penyakit buah pinggang di pelbagai tahap. – Bernama