Thursday, June 23, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Sakit adalah Nikmat



" Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga ia selalu mesti dibenci. Ini kerana kemungkinan rasa sakit itu akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang"



Kebiasaanya keikhlasan berdoa akan lahir bila kesakitan melanda. Keikhlasan bermunajat dan berzikir akan hadir bila mana segala pergantungan kepada manusia tidak mampu menghilangkan sakit yang dideritai. Betapa ramai orang-orang yang berjaya pada hari ini telah lahir dari kesusahan dan penderitaan. Susah payah belajar, menekuni pelajaran,mengkaji, menghafaz dan bersengkang mata akhirnya melahirkan ilmuan yang hebat. Betapa ramai hartawan dan jutawan yang lahir setelah menderita kerugian dalam perniagaan mereka. Betapa ramai atlet dunia yang berjaya setelah penat dan jerih dalam latihan dan kesungguhan mereka. Betapa ramai penulis yang berjaya menghasilkan karya yang hebat dan menarik hasil dari kerja kuat mereka. Terlalu ramai ibu bapa yang tersenyum puas melihat kejayaan anak-anak mereka lantaran susah payah mereka membanting tulang berjemur hujan dan panas dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.Begitulah sunnatullah terhadap hamba-hambanya. Allah adalah baik dan terlalu baik kepada hamba-hambaNya. Setiap sesuatu yang berlaku, mungkin manusia tidak suka, pada hakikatnya ia adalah yang terbaik buat dirinya.Bersangka baik terhadap Allah dan berusaha menerima dan redha akan qadhanya adalah kebaikan yang sentiasa menemani hamba-hambanya.

Tazkirah -Mampukah Kita Menatap Wajah Allah

Di dalam suatu hadith yang diriwayatkan daripada Adi bin Hatim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak seorangpun di antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah swt. Di antara manusia dengan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada orang tengah). ( Muslim)


Mukmin meyakini bahawa pertemuan dengan Allah di akhirat kelak adalah perkara pasti berlaku, meskipun pertemuan itu dengan pelbagai cara. Mukmin yang baik (soleh) mereka bukan sekadar bertemu Allah, malah dapat menatap wajah Tuhan Yang Maha Agung yang sangat mereka rindui ketika di dunia dahulu. Adapun mukmin yang 'ashi (jahat) tidak mendapat nikmat menatap wajah Tuhan mereka. Apatah lagi golongan yang kufur tidak beriman kepada Allah.